Sunday, 19 June 2011

selamat hari bapa abah.

wahai ayah sila dengarkan,
anakmu ingin berpantun untukmu,
kita bergurau bergelak sakan,
mendengar nasihatmu x pernah jemu.

engkau menegur segala salahku,
engkau memarahi perangai burukku,
'hendak pandai bacalah buku',
itulah nasihat terbaik untukku.

sedang memetik buah duku,
terpijak paku menjerit bertalu,
engkaulah ketua dalam keluargaku,
taat memerintah adil selalu.

tidak pernah niat dihati,
untuk membenci kerana dimarahi,
engkau bekerja untuk berbakti,
menyara keluargamu yang dikasihi.

keluar dengan rin pergi ke pekan,
membeli tudung berwarna perang,
selamat hari bapa aku ucapkan,
dari anakmu di perantauan orang.

happy father's day dear abah.
may Allah bless u always.
:)


2 comments:

Post a Comment