Tuesday, 3 May 2011

abah and ibu..bce ni k

abah..ibu...so,ni la abu bakar hadapi di bumi Mesir ni...and untuk pengetahuan kalian,abu bakar berada di dalam mesyuarat yg dinyatakan....diorg ni sgt x kasi perjumpaan lelaki dan perempuan...diorg nk kalo mesyuarat cmni kene wat kat dewan diorg or dewan lame diorg..diorg mati2 x kasi cz kitorg wat mesyuarat tu dlm umah pompuan...kalo betul2 nk mesyuarat,kene ade pasangan berkahwin..ibu,abah..abu bakar ngn angah ni x cukup ke dlm mesyuarat tu?bkn ape bu,abah...umah yang kitorg wat mesyuarat ni rumah Aq...bdk pompuan ni ddk umah ni cz alang2 la kn leh jage sume...dah tu,kitorg Aq ni nk wat meeting,pnh ke diorg kasi gune dewan diorg tu?tah la ibu,abah....kitorg bknnye sengaja nk mesyuarat sampai lewat mlm..kitorg tunggu pengarah....pengarah terpakse ke Kaherah...urusan kewangan sumer...kitorg nk tunggu die cz bnyk lg benda yg x setel...kalo ibu and abah nk taw, time ni,tinggal, sehari je lg sebelum seminar.....igt kitorg pun x pnt ke?class lg tertuang-tuang...opss..jgn terase eh set2 yg nangkap....


Muqaddimah

Anggota Unit HISBAH Dewan Perwakilan Mahasiswa Zagazig (DPMZ) sesi ini tetap berpegang dan kosisten dengan etika yang telah dibuat oleh Unit HISBAH antaranya tidak membuka rahsia dan aib mereka-mereka yang telibat dengan kes-kes hisbah. Namun, sekarang ini isu Siswa Akademi Quran (AQ) Zagazig mengadakan mesyuarat dan sengaja melanggar etika hisbah telah mendapat perhatian meluas kerana diletupkan oleh mereka sendiri.

Tujuan penerangan ini dibuat bukan untuk mempertahankan mana-mana individu dalam Unit HISBAH. Tetapi lebih penting tujuannya untuk menjernihkan keadaan yang sedang keruh dan kian merumitkan angkara beberapa individu ahli yang berhati busuk dan tidak suka melihat kesatuan mahasiswa Islam di Zagazig ini berada di bawah satu rumpun. Bukan juga untuk membalas tuduhan yang dilemparkan kepada anggota Unit HISBAH yang setia melaksanakan tugas hisbah di atas prinsip “amar makruf nahi mungkar”. Justeru Unit HISBAH tidak peduli tuduhan dan kata-kata kesat semua itu kerana ia menjadi sunnatullahdalam menegakkan kebenaran. Bahkan baginda SAW sendiri menerima herdikkan dan cacian lebih dahsyat dari apa yang hisbah terima, sehingga ada orang musyrikin Quraisy menuduh Baginda SAW sebagai tukang sihir dan ‘majnun’(gila).

Kronologi

Pada malam tersebut ketua Unit HISBAH menerima dua panggilan telefon daripada dua orang ahli yang prihatin atas dasar tidak suka melihat kemungkaran (ikhtilat) berlaku dikalangan warga DPMZ.

Selang beberapa minit selepas itu, ketua Unit HISBAH DPMZ telah mengarahkan kepada beberapa orang anggota Unit HISBAH supaya pergi ke tempat yang dimaksudkan dengan tujuan menyatakan kesalahan mesyuarat yang diadakan itu telah melanggar etika hisbah.

12.15 pagi - Beberapa anggota Unit HISBAH telah membuat serbuan ke rumah tersebut dan didapati ramai mahsiswa dan mahasiswi masih berkumpul tanpa mutazawwijin (pasangan berkahwin) dengan alasan hendak bermesyuarat. Anggota Unit HISBAH telah memberi nasihat dan teguran supaya mesyuarat tersebut berhenti serta merta dan beredar pulang ke kediaman masing-masing. Salah seorang ahli mesyuarat tersebut telah mengatakan bahawa “terima kasih ustaz, dakwah ustaz dah sampai” dengan nada sinis. Tindakan individu tersebut menggambarkan itulah sebenarnya kebiadaban mereka kerana telah 'menganjingkan' seruan dakwah yang disampaikan kepada mereka. Setelah itu, seorang ahli mesyuarat (akhawat) telah bertindak agresif dengan mengunci pintu grill imarah tersebut. persoalannya siapa dan pihak manakah yang tidak berhikmah dalam situasi in???

Disebabkan tindakan mereka sedemikian yang tidak professional, pihak Unit HISBAH mengambil keputusan untuk berundur guna menyusun kembali dan berbincang dengan ketua Unit HISBAH yang ketika itu tidak bersama dalam serbuan tersebut.

12.53 pagi - Serbuan kali kedua dijalankan diketuai oleh ketua Unit HSBAH dan Pengerusi DPMZ dengan tekad supaya mereka bersurai dan serbuan kali ini lebih tegas berbanding serbuan yang pertama. Setelah 3 kali pintu diketuk dan kemudian diminta untuk berhenti bermesyuarat, alhamdulillah semua ahli mesyuarat pun serta merta bersurai.

Antara babak kata-kata yang terkeluar oleh ketua unit hisbah yang menjadi kontrovesi “binatang pun ada peraturan”. Maka kata-kata tersebut disalah ertikan oleh beberapa pihak yang tidak bertanggungjawab. Kata-kata tersebut tidak bermaksud untuk menyerang mereka dengan kalimah seperti binatang. Apa yang dimaksudkan oleh ketua Unit HISBAH itu untuk memberi peringatan dan perumpaan tersebut supaya mereka berfikir secara lebih waras dan mengikut segala peraturan yang ditetapkan oleh pimpinan kepada mahasiswa Malaysia di Zagazig khususnya dan di Mesir amnya. Persoalannya kenapa mereka berasa sedemikian??? Di sini timbul kehairanan, kerana tiba-tiba mereka melenting dan terasa seolah-olah orang yang makan lada lalu terasa pedasnya.

Hikmah itu tidak semestinya lembut dan sopan santun. Adakalanya hikmah itu bersifat tegas dan kasar mengikut situasi.

1.30 pagi - Mesyuarat itu telah berjaya disuraikan. Unit Hisbah agak terkejut apabila mendapati seramai hampir lebih kurang 20 orang ahli mesyuarat yang terlibat pada malam itu termasuk beberapa orang dari Kaherah.

Sepatutnya setiap di antara kita mesti menyokong pendekatan hisbah yang mesra syariat ini. Jangan sesekali kita menggunakan lidah Yahudi mengkritik hisbah yang merupakan sebahagian daripada keindahan agama itu sendiri. Adalah tidak layak bagi seorang Muslim menghina ugama mereka sendiri. Bantulah kerja-kerja agama ini, sebaliknya jangan kita membantu dan memudahkan kerja-kerja syaitan

Penutup

Pihak Unit HISBAH mengharapkan selepas ini, tiada lagi spekulasi-spekulasi sebagaimana yang dicetuskan oleh individu-individu tertentu yang implikasinya cukup buruk sehingga boleh merobek kesucian tautan ukhwah yang sekian lama terbina dalam kalangan kita.

Disediakan oleh:
Anas Zharif Bin Harun,
Ketua Unit Penerangan HISBAH DPMZ.
Sesi 2010/2011.

2 comments:

Penjenayah Bahasa said...

elek2 der..kte tau ape yang kte buat..dorg nmpk ape yg dorang nak tengok jer..kesian ko kan, smpai terdemam2..hahaha

Abu Bakar Bin Hamdan said...

hahaha...tension sgt lar...lebih baik aku stdy mesia je cmni...:)

Post a Comment