Sunday 16 June 2013

maafkan aku

ini adalah realiti
realiti kehidupan kita
realiti perjalanan hidup kita
dan
realiti sebuah persahabatan kita

andainya aku melupai mu
tolong ingatkan aku agar aku mengingatimu
andai aku menyakitimu
tolong ingatkan aku bahawa aku sudah menyedihkanmu
andai aku membuat kau menangis
tolong beritahu aku
agar aku dapat menangis bersama
agar aku dapat merasa
betapa peritnya sebuah perjalanan
yang kau lalui
yang mungkin disebabkan olehku

tolonglah maafkan aku
walau apa yang aku lakukan
mungkin itu tidak sengaja
maafkan aku wahai sahabat
andainya aku pergi dahulu
aku tidak membawa beban dosaku
menyakitimu
membuatmu menangis
membuatmu sakit

dan ingatlah
aku tetap memaafkanmu
walau apa jua kau buat kepadaku

2 comments:

Azzahrah Haris said...

Bu. kau tak reply IM iti! nak cerita la!

Tengkubutang said...

Done follow no. 81
Follow me back yea.. heee.. salam kenal..

http://tengkubutang.blogspot.com/

Post a Comment