Thursday, 29 August 2013

seronok betul

hari ni,cukup 3 minggu saya berada di Malaysia..nice dan sgt nice..Malaysia adalah segala-galanya buatku..

tapi nk xnk,keadaan bergolak di Mesir, saya amat berharap dan berdoa kepada Allah agar semuanya kembali pulih seperti sedia kala hendaknya..inshaAllah, 2 tahun je lagi tinggal pengajian saya di sana.

hari2 pun keluar berita pasal mesir..jmp org ini, jmp org itu, sanak saudara pun semua tanya pasal mesir..tapela,aku ceritakan apa yg tahu saje la..dan untuk yg bertanya, faham pun cukup..soal pemahaman, itu masing2.

dengar2 pun kawan2 yg lain yg ade kat sane skang, dah beransur-ansur pulang..selamat hendaknya..

duduk tanah air sendiri mmg syok..makan itu makan ini..paling latest jmp burger bakar abg burn jajahan melaka..hahahah..terjumpa mase kuar ngn ainol ngn marzuq mlm kelmarin..heheh makin gile la lepas ni kan.

coconut shake klebang?aisehh dah bosan la..hahaha..tapi femes sunggub ye coconut shake ni..bile ckp psl melaka je, mesti kuar psl die..

haihh tlg la..mesti mahu pegi penang jugak tahun ni..laksa,pesembur,char kueh teowww..adoii leleh..pegi type2 time pose ni,adehhh..gelora perut..

hahaha

enjoy man enjoy..dan lps ni class dah start blk, xboleh dah nk enjoy cenggini.. ,makan la ape yg ade..sekali sekala ok la makan sedap..kedai mahal arab pun,ape je paling sedap..cett

baik p kedai org indonesia or kedai org thailand..lg sedap.

dari makan mahal2 kedai arab,name je mega..damn..aku bukan org kaya

hahaha

Sunday, 16 June 2013

maafkan aku

ini adalah realiti
realiti kehidupan kita
realiti perjalanan hidup kita
dan
realiti sebuah persahabatan kita

andainya aku melupai mu
tolong ingatkan aku agar aku mengingatimu
andai aku menyakitimu
tolong ingatkan aku bahawa aku sudah menyedihkanmu
andai aku membuat kau menangis
tolong beritahu aku
agar aku dapat menangis bersama
agar aku dapat merasa
betapa peritnya sebuah perjalanan
yang kau lalui
yang mungkin disebabkan olehku

tolonglah maafkan aku
walau apa yang aku lakukan
mungkin itu tidak sengaja
maafkan aku wahai sahabat
andainya aku pergi dahulu
aku tidak membawa beban dosaku
menyakitimu
membuatmu menangis
membuatmu sakit

dan ingatlah
aku tetap memaafkanmu
walau apa jua kau buat kepadaku